Tips memilih pencuci muka


Memiliki kulit wajah yang cantik, gebu, licin dan tanpa sebarang cela adalah menjadi idaman semua orang

terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Siapa

tak mahu memiliki kulit wajah yang menawan dan awet muda bak selebriti Korea, Song Ji-hyo?

Pelbagai produk kecantikan telah anda cuba bagi mendapatkan hasil yang terbaik namun, pernahkan anda terfikir

yang anda telah menjaga wajah anda dengan betul? Berikut adalah blueprint ataupun cara menjaga kulit wajah

dengan betul.

Tips Memilih Pencuci Muka

Tips yang paling utama sebelum anda membeli mana-mana produk pencuci muka ataupun Facial Cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit muka atau kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza beza. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka untuk kulit sensitif kerana ia jelas tidak sesuai untuk anda. Lagi satu, jika anda adalah lelaki, sebaik-baiknya gunakanlah produk Facial Cleanser untuk lelaki kerana produk ini sememangnya telah disesuaikan dengan struktur kulit muka lelaki walaupun tidak salah anda menggunakan pencuci muka yang universal. Selepas anda mengenalpasti jenis kulit anda, bolehlah beli produk pencuci muka yang sesuai dengan bajet anda. Cuba dahulu produk pencuci muka yang telah anda beli tadi untuk tempoh seminggu dan lihat kesannya. Jika anda dapati kulit muka anda menjadi sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah petanda alergi. Anda perlu segera menghentikan penggunaan pencuci muka tersebut dan beralihlah kepada produk yang lain.

Cara Menggunakan Pencuci Muka


Seterusnya adalah panduan sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu

dengan tisu basah (wet tissue) atau minyak bayi (baby oil). lanya dapat menanggalkan kotoran pada wajah yang

berkemungkinan tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah

pada kawasan sekitar mata, hidung, pipi dan dahi.

Buihkan sedikit pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda

dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air

bersih. Selepas wajah siap dibilas, lapkan perlahan-lahan wajah anda sebelum anda meletakkan penyegar dan

pelembap wajah.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Laksa Penang

ASAM PEDAS IKAN PARI