BBM
Bahan bantu mengajar yang saya akan tunjukkan ini adalah yang kita panggil 'tarsia'. Ia adalah sejenis puzzle yang sering digunakan oleh guru. Tarsia ini boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. Segitiga, heksagon, oktagon dan lain-lain. Isi yang ingin disampaikan juga adalah bergantung kepada pengajar itu sendiri.
Tarsia yang saya ingin tunjukkan ini adalah berbentuk segi tiga dan mengenai penukaran unit
Ini adalah cebisan tarsia yang tidak tersusun. Pada sisi cebisan tersebut ditulis unit-unit yang tertentu dan haruslah dipadankan mengikut jawapan yang betul.
Tarsia dilekatkan pada board
Kemudian cari jawapan penukaran unit tersebut daripada cebisan-cebisan tarsia tadi.
Terus padankan jawapan pada tarsia yang telah lengkap pada board.
Apabila dipadankan, tarsia akan semakin berkembang
Terus padankan tarsia sehingga lengkap cebisan.
Ini adalah contoh tarsia yang telah siap dipadankan. Saiz, bentuk, isi adalah bergantung kepada kreativiti pengajar. Tarsia ini adalag menarik dan sangat mudah difahami.
Comments
Post a Comment